Rabu, 04 Juli 2012

Tanda-Tanda Apabila Wanita Jauh Hati



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca coretan Kasih Suci. Di sini ingin Kasih Suci kongsikan beberapa tanda-tanda apabila wanita itu telah jauh hati atau berkecil hati terhadap insan kesayangannya.

Wanita ni jika dia jauh hati dengan insan kesayangannya biasanya dia akan diam membisu berbanding kebiasaannya. Bila ditanya satu jawabnya satu. Mulut tak becok macam biasa .

Dia juga biasanya hanya tunduk dan susah nak tersenyum. Haa pandai-pandailah kamu pancing hatinya semula. Riasau rajuknya panjang melepas pula gadis pujuaan hati.

Dia rajin mengelak apabila diajak bertemu. Pastikan diri kamu cukup bijak mengorek rahsia hati mereka. Jangan biar jarak antara kamu dan gadis impian terus menjarak antara satu sama lain.

Wanita ni bila hatinya terluka dia akan berdiam diri terutama jika yang melukai hatinya adalah insan kesayangan hati mereka. Namun hati wanita ni sangat suci dan sangat halus. Sesakit mana luka hati mereka lambat laun pasti dia akan memaafkan kesalahan kamu itu asalkan kamu benar-benar ikhlas untuk berubah dan mengakui kesilapan diri. Hatinya mudah sembuh bila disakiti namun jangan biarkan hatinya berparut kerana luka yang kamu lakukan di hatinya…

Moga kalian berbahagia di samping insan tercinta…insyaAllah.

0 komentar

Posting Komentar